DI unilin group,
tiada apa yang mustahil

Apabila seseorang berkata ia mustahil dilakukan, kami tidak mempercayai mereka. Kami didorong oleh minat, keusahawanan, kecemerlangan dan penghormatan. Penetapan minda inilah yang membolehkan kami mampu melakukan apa sahaja. Menghasilkan lantai yang tercantik? Sudah tentu. Menjadi sebahagian daripada pasukan lumba basikal terbaik? Kami boleh lakukannya. Menjelajah ke bulan? Anggap ia selesai.

Apabila orang lain berhadapan dengan halangan dan berkata ia mustahil, kami melihatnya sebagai peluang. Kami adalah Unimpossibles

.

Ralat semasa memainkan video? Tonton di YouTube.

Kongsi video ini dengan rakan anda

Apabila orang lain berhadapan dengan halangan dan berkata ia mustahil, kami melihatnya sebagai peluang. Kami adalah Unimpossibles.

Sertai Unimpossibles

Mengapa perlu menjadi
Unimpossibles?

Ia sangat menyeronokkan

Bekerja di Unilin Group bermakna bekerja dalam persekitaran positif yang berlandaskan kerjasama, kemanusiaan dan inklusif. Kami menamakan semangat ini sebagai ‘Senaman Kegembiraan’ dan sering melancarkan inisiatif baharu untuk memacu penetapan minda positif serta keusahawanan kami ke aras lebih tinggi. Tahukah anda bahawa watak luar biasa yang anda lihat dalam video tersebut bukan pelakon? Tidak, mereka ialah pekerja Unilin Group.

Kami tidak mengenal had

Kami ialah UnilinUnited: satu pasukan, di seluruh dunia. Pasukan ini merangkumi lebih daripada 7500 orang dan lebih 70 bangsa  yang berbeza. Menyatukan bakat dari seluruh dunia, itulah Unilin Group.

Pasukan yang paling kuat

Asas kejayaan kami? Ianya kakitangan kami. Kami bangga dengan rakan sekerja kami dan mahu melibatkan mereka dalam sebanyak mungkin perkara yang kami lakukan, seperti kempen Unimpossibles ini. Adakah anda akan jadi sebahagian daripada tayangan wira kami yang seterusnya? Siapa tahu ...

Minat mendalam terhadap produk kami

Sudahkah anda melihat produk kami yang cantik dalam video tersebut? Kami menggunakan papan MDF khas kami untuk membina roket dan menebatnya dengan menggunakan papan penebat istimewa kami, kerana ia agak sejuk di bulan. Anda juga telah melihat lantai vinil, laminat dan parket kami yang menakjubkan. Sudahkan kami beritahu yang kami memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang kami hasilkan?

Tahap keselamatan dan kelestarian tertinggi

Kami menyasarkan untuk menjadi syarikat bebas ancaman yang mana semua orang saling menjaga antara satu sama lain dan keselamatan adalah penting dalam segala yang kami lakukan. Dalam penghasilan video ini kami menggunakan sarung tangan, pelindung mata, malah kami juga membungkus seorang kanak-kanak dalam pembalut gelembung! Kami juga merupakan peneraju dalam aspek kelestarian. Produk-produk dalam tayangan kami sebahagiannya diperbuat daripada bahan kitar semula dan kami menggunakan tenaga boleh diperbaharui di dalam kilang kami.

Wira yang sedang bekerja dan terus maju

Unilin Group juga merupakan nama popular dalam bidang sukan. Pasukan lumba basikal Quick-Step kami berkongsi nilai Unimpossible: berani memasang impian dan menjadikannya kenyataan. Sudahkah anda melihat Ewoud Vromant dalam tayangan wira kami? Beliau merupakan salah seorang atlet yang disokong oleh Unilin Group. Bekas triathlete ini terpaksa kakinya diamputasi kerana tumor. Ewoud berjaya memperoleh pingat perak dalam percubaan masa di Sukan Palimpik baru-baru ini. Paling tidak sukan tersebut menguji Ewoud, tetapi beliau bertahan! Seumpama kita di Kumpulan Unilin tidak pernah berputus asa!

Mohon sekarang

we live
by our
manifest

Apabila seseorang mengatakan ia tidak boleh dilakukan
Kita tidak percayakan mereka
Ada yang mengatakan kita degil
Kita memanggilnya dedikasi
Akan terus mencuba sehingga kita boleh tersenyum
Anda tahu apa yang kami akan lakukan seterusnya?

Kami akan merempuh halangan
Mencari cara lain untuk berinovasi
Memotivasi dan mencipta
Bersama - sama

Penyelesaian yang lebih baik untuk kediaman yang lebih baik
Lebih lestari dan lebih indah
Bukankah kecantikan adalah kegembiraan yang berpanjangan?
Untuk hidup dalam begitu banyak cara yang berbeza
Di seluruh dunia

Jadi sekiranya orang lain melihat halangan
Akan berkata ianya mustahil
Kita nampak peluang

Kita lah ‘Unimpossibles’